Saturday, November 6, 2010

umpama roda yang berputar..

Saban hari aku semakin ketandusan idea untuk menulis... atau semakin malas untuk berfikir .... arghhhh tidaaakkkk..... bukan aku malas.. juga bukan ketandusan idea... tetapi masa terlalu mencemburui aku ... kesuntukan masa menjadikan aku tidak berpeluang untuk menulis...


Banyak cerita sebenarnya sehinggakan tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya meninggalkan kita ...
Suka duka 2010 mengajar aku menjadi lebih matang mengharungi liku-liku kehidupan ini... setiap dugaan dan ujian yang datang aku harus tabah menghadapinya kerana itulah tandanya diri ini disayangi...


Pabila usia semakin meningkat.... hidup ini ku rasa ibarat sebuah roda yang berputar atau bola yang bergolek tanpa hentinya... setiap hakikat harus ku terima dengan hati yang tenang walaupun ada kalanya terpaksa ku tanggung sendiri ... ku pendam sendiri...

Hanya padaMU ku mengadu ya Rab... agar diri ini terus tabah mengharungi onak duri dugaan-dugaan yang datang...

Hari-hari mendatang pasti penuh dugaan ... penuh dengan cerita yang aku sendiri tidak pasti... kerana apa yang pasti aku sedar aku adalah hambamu yang lemah... seorang anak... seorang isteri kepada insan yang amat menyayangiku... seorang mama kepada dua orang puteri...

berikanlah aku kekuatan ya Rab.... untuk terus tabah mengharungi ombak di lautan ini...

Saturday, August 7, 2010

ogos 2010

Berbulan sudah tidak menulis... bukan bermakna tak punya idea tetapi masa tidak mengizinkan..
hari ini mungkin ada sedikit masa....
hujan di luar masih turun membasahi bumi ...
sedang asyik menaip mengatur bicara di dalam hati... tiba-tiba aku diganggu lagi dengan seorang anak kecil 4 tahun yang mengaku dirinya Ben10 girl sejak akhir-akhir ini...


arghhhhhhh...... mana mungkin mahu menulis andai diganggu lagi sebegini ....
seolah-olah tiada peluang langsung...


takpe ini mungkin permulaan kedua untuk 2010
insyallah akan menyusul selepas ini..

Sunday, January 10, 2010

diari seorang mama

Tahun 2010 telah masuk hari ke 10 hari ini. Ini bermakna seminggu sudah aku kembali bertugas dan seminggu sudah juga Zahra permata hati mama bersekolah di SKsi. Aku salah seorang guru Zahra di sekolah.. terkenang pula tatkala aku dibangku sekolah dahulu kerana mak aku juga seorang guru... terima kasih mak kak long sangat menyayangi mak.


Berbalik kepada diari aku sehari-hari bermula 4 Januari 2010. Seawal jam 5 pagi aku mula bangun dari tidur menyiapkan apa jua yang patut untuk bekalan Zahra ke sekolah. Menjadi kewajipan sebelum ke sekolah kami (aku dan Zahra) akan solat subuh berjemaah. Kemudian sarapan pagi dengan segelas susu dan roti. Zahra yang dulunya tak suka mengambil sarapan pagi kini telah berjaya membiasakan dirinya bersarapan dengan roti dan segelas susu suam.


Sebelum jam tujuh pagi kami berdua bertolak ke sekolah... menjadi rutin sepanjang jalan ke sekolah Zahra mesti membaca surah-surah yang dihafaznya hinggalah selesai dan dia nak dengar lagu Hanna Montana... zahra.... zahra....


Pulang ke rumah semula lebih kurang jam 2 setengah petang... berebut pula untuk makan tengah hari kerana sebelum jam 3 petang Zahra akan ke sekolah agama... kerja aku di rumah kembali seperti suri rumah yang lain juga yang tiada hentinya selagi malam belum melabuhkan tirainya tanda mata tertutup untuk tidur...


Lepas maghrib menjadi rutin juga aku akan mengajar dua puteri aku mengaji. Alhamdulillah Zahra sudah juzuk dua manakala Batoul masih muka surat pertama Iqra' 1 tak mahu beralih muka surat lain.... itulah Batoul buah hati mama..
siap mengaji kami 3 beranak akan solat isyak pula... biasanya Batoul juga yang suka jadi imam.. kemudia turun ke bawah utk mengisi perut dengan sedikit makanan yang berkhasiat kerana takut lain pula jadinya kalau terlebih mkn malam... dan sejak sudah masuk darjah satu ini juga... Zahra mula belajar tidur awal sedikit walaupun kadangkala terpaksa... begitulah sedikit sebanyak catatan diari aku bergelar mama dan baba dalam satu masa ... semoga puteri-puteri mama ini menjadi anak solehah ameeen....

Thursday, December 31, 2009

selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010

sekian lama aku tidak menulis...
tahun 2009 ku rasakan begitu cepat masa berlalu...
sangat cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya...
pelbagai kenangan manis dan pahit..
telah aku lalui bersama insan-insan tersayang...


jendela 2010 bakal tiba...
menandakan hampir setahun kita hidup berjauhan sayang...
jauh di mata...
terasa dekat sangat di hati...


tahun 2009 meninggalkan pelbagai kenangan manis
antara kita dan dua puteri....
walaupun dalam tahun yang sama...
kita kehilangan tiga insan tersayang...


semua ini sudah suratan ...
takdir Illahi mengatasi segalanya...
semoga mentari 2010 esok hari...
memberi sejuta rahmat buat kita sekeluarga...

Tuesday, November 3, 2009

November 2009

begitu cepat masa berlalu... baru semalam rasanya darling balik bercuti di Malaysia beraya bersama kami sekeluarga.. kami bercuti pula ke Langkawi pada hari raya ke 4 .. kemudian menemankan aku ke Melaka selama 3 hari dan hari ini diam tak diam sudah 10 hari juga darling aku terbang semula ke Libya untuk makan masa 180 hari dari tarikh 24 Oktober lalu...



i miss u darling..



sejak detik itu jugalah aku mula sibuk menguruskan segala urusan rumah sendirian.. mujur ibu mertua tinggal bersama dapatlah dia mengasuh Batoul sepanjang aku ke sekolah. rutin setiap petang selasa pula ialah ke pasar tani di Bandar Kinrara membeli apa yg patut untuk belakan lauk seminggu biasanya...

i love u darling..


aku redha dengan kehidupan aku sekarang walaupun memang tidak pernahku terfikir untuk hidup berjauhan dengan insan tersayang yg bergelar suami..
darling adalah lelaki yang sangat baik dalam hidupku ... apa tidaknya dari hari pertama kami hidup bersama... darling sangat rajin membantu aku... pendek kata segala urusan rumahtangga kami urusakan bersama....



teringat abah pernah cakap dengan aku 7 tahun dahulu.... " orang lelaki negeri 9 memang baik..."




dan pensyarah aku di maktab yang berasal dari n9 juga pernah bercakap dalam kelas .." kalau kahwin dengan lelaki Johor si isteri lelaki tu punya... tapi kalau kahwin dengan lelaki negeri 9... lelaki itu kita punya..." mungkin ade kebenaranya ..



i miss you so much much darling..



Wednesday, August 19, 2009

Ogos

Ogos yang hampir ke penghujung ini sangat sibuk bagi diriku yang tiap hari menguruskan segalanya sendiri sejak darling ke Libya.

Minggu pertama aku sibuk dengan Karnival Pendidikan Prasekolah Zon Bangsar... yang mana aku sekali lagi diamanahkan menjadi juruacara majlis penutup Karnival tersebut. Zahra terlibat dengan pertandingan hafazan dan berjaya merangkul tempat ke4.

Sepanjang minggu pertama ini juga kami satu rumah demam... bermula dari Zahra.. Batoul.. mummy yah dan aku yang jadi penutupnya. Alhamdulillah kami kembali sihat sekarang.

Minggu ke dua aku ke Melaka atas urusan kerja selama 3 hari di sana. Dua puteri aku tinggalkan dengan mak abah di Muar. Habis kursus balik Muar ambil Zahra dan Batoul masih lagi di sana ... esok lusa akhir sekolah aku balik semula bercuti sepuluh hari di Muar.

selamat menyambut ramadhan buat semua. semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dan diberkati olehNYA.

Wednesday, July 15, 2009

“ we are what we eat "

Itulah ungkapan yang telah ku dengar dari mulut seorang sahabat awal pagi ini sedang kami berdua terperangkap dalam kesesakan jalan raya@jem di pinggir KL... sahabat yang seorang ni memang kuat bercakap tapi tidak merapu kerana sejak aku mengenalinya sampailah ke hari ini ... dia seorang yang sangat matang berfikir sesuai denga usianya walaupun sekilas pandang dia umpama seorang yang masih muda remaja sedangkan usianya lebih tua dari aku... dia juga seorang yang sangat menghargai kehidupan mungkin kerana pengalaman yang telah dilaluinya selama ini ...


Berbalik kepada ungkapan “we are what we eat "... sedang asyik berbual di dalam kesesakan jalan raya, tiba-tiba sebuah kereta memintas kereta kami dalam keadaan yang kurang sopan, secara spontan ungkapan itu telah keluar dari mulut sahabatku dan secara automatik juga aku tahu siapa gerangan pemandu yang sangat berhemah tadi... tapi tidak lah sampai ke tahap aku fikir apa yang pemandu itu makan selama ini yang menjadikan perangainya begitu.


Bila difikir-fikirkan semula memang ada benarnya kata sahabat aku itu kerana pemakanan kita akan mempengaruhi sahsiah diri kita yang kita sendiri tidak sedar selama ini. Pemakanan sangat penting dalam hidup kita sebenarnya ... apa yang kita makan tiap hari itulah yang menjadi darah daging kita untuk terus bernafas... pemakanan kita juga mampu mencorak pemikiran kita... peribadi kita dan sikap kita sama ada positif atau sebaliknya...

Terima kasih sahabat...

Tuesday, June 30, 2009

flower kids

Anakanda Az-Zahra' dan Al-Batoul sedang asyik menunggu raja sehari
bersama anakanda Kalif..*


Az-Zahra' dan Kalif sedang asyik menabur rose di sepanjang karpet merah..


Batoul lah yang paling ceria kononnya... tapi bila pengantin dah sampai..
Batoul menangis cari mama sampai panjat kerusi VIP.






Keletihan menunggu pengantin yang lewat sejam setengah
dari waktu yang dijanjikan...
Majlis diadakan 20 Jun lepas di shah Alam rumah "memem" (Kalif's nanny)

Tiga beradik ni sangat seronok bila tahu mereka jadi flower kids..
Tapi Batoul sempat jalan beberapa langkah je depan pengantin
dan terus menangis cari mama...

*Kalif adalah adik beradik susuan dengan Al-Batoul kerana
Batoul menyusu dengan mama Kalif 3 tahun lalu.


Sunday, June 28, 2009

June

Hari ini 28 Jun 2009... hari Ahad yang ku gunakan dengan tidak keluar ke mana-mana kerana banyak sangat urusan dalam rumah mesti ku selesaikan hari ini ... selain kerja-kerja rumah, aku juga terpaksa menyiapkan satu kertas kerja atas arahan boss di sekolah. Yup... sekarang kertas kerja yang dimaksudkan telah siap aku print. Masa ni lah aku gunakan nak cuba update blog aku yang sangat sunyi sejak akhir-akhir ini.



Apa kan tidaknya... sejak bukak sekolah Jun ini... aku sangat sibuk dengan tugasan di tempat kerja yang kadang kala memeningkan kepala ditambah dengan cuaca yang semakin panas. Semoga hujan turun lah hendaknya malam ni .



Sejak darling ke Libya jugaklah segala urusan rumah terpaksa aku uruskan sendiri sama seperti isteri-isteri lain yang senasib dengan ku. Walau apa pun aku tetap tabah menghadapinya... (dalam hati ni sentisa menghitung hari insan tersayang akan pulang menjelang Syawal) nanti insyallah...



Jun...

Boleh dikatakan bulan yang penuh dengan aktiviti jugaklah.... aktiviti cuti sekolah.... birthdah az-zahra’.... aktiviti yang entah kali ke berapa menghantar Fiat ke hospital... aktiviti LDP... aktiviti lawatan ke Melaka... aktiviti meeting ke sekolah lain...aktiviti menyiapkan dua puteri yang telah diundang khas menjadi “flower gurls” di Shah Alam... dan bermacam lagi aktiviti yang pastinya menunggu...



Sehingga bertemu lagi...

Monday, June 8, 2009

bercuti di muo

Cuti sekolah dua minggu aku sekadar berehat di muo@muar johor. Mungkinkah begini setiap kali tiba musim cuti sekolah aku tidak pasti kerana mana mungkin seandainya terus begini meninggalkan rumah dalam jangka masa yang agak lama.

memanglah bibik sebelah rumah boleh diharapkan tapi... sampai bila? aku harap tidak selamanya begini kerana tidak betah ku rasakan.

walau apa pun... yang penting dua puteri mama sangat gembira apabila pulang ke rumah atuk mak dan atuk bahnya. seronok bermain macam orang tak ingat. Dan apa yang paling membahagiakan mama juga ialah Zahra genap usianya 6 tahun 7 JUN lalu... selamat hari lahir kakak.. semoga anak mama ini berjaya hidupnya dunia akhirat dan menjadi anak yang solehah begitu juga dengan si manja Batoul.. ameennnnnnn.

Tuesday, May 12, 2009

Masih diberi peluang

semalam balik dari sekolah ... sampai sahaja di depan pagar rumah sementara menunggu pagar dibuka mummy yah aku terhidu bau hangit keluar dari lubang aircond kereta. siap parking kereta keluar dan aku terhidu bau hangit yang sangat kuat menyengat seakan ada benda terbakar..
rupanya bau itu datang dari boot kereta aku sekali dengan air yang banyak dari bawak enjin. hati mula berdebar kerana entah berapa kali dah tahun ini punto meragam sejak hubby ke Libya ni ...
buka boot tiada apa yang berlaku... aku rasa sama sahaja seperti sabtu lepas. takde dah pilihan lain selain terus call mr.h memaklumkan apa yang telah berlaku ..
ya Allah.... bila mr.h tengok , air yang ku sangka keluar dari bahagian bawah kereta itu rupanya petrol@minyak@gas kereta. ntah apa yang rosak kali ini belum pasti lagi ..
masih diberi peluang hidup kerana mujur pekara itu tidak berlaku semasa aku memandu pulang dengan keadaan cuaca yang teramat panas .
sekarang punto masih di rawat di hospital buat kali yang ntah ke berapa agaknya sejak darling ke Libya. dugaan.....

Saturday, May 9, 2009

Al-Batoul 3 tahun


4 mei lepas Batoul genap tiga tahun, pejam celik pejam celik dah tiga tahun baby Batoul mama ni ... terasa baru sangat mama melahirkan dan menyusukan Batoul. Selamat hari lahir sayang. Doa mama semoga Batoul membesar menjadi anak yang solehah , pandai dan sihat. Tahun ini mama tak dapat nak buat birthday party macam tahun lepas sebab baba takde di sisi. Baba balik Malaysia nanti mama buat yer Batoul.... sekali dengan kakak Zahra. Tahun ni cukup lah dapat tiup lilin cheese kek yang Achik belikan bersama kakak Zahra. semua itu sudah memadai buat si manja Batoul...


tahun in jugak mama hadiahkan Batoul dan kakak Zahra tote bag yang ditempah khas dari aunty ummi365 kawan blogger mama. Seronok sangat sebab aunty ummi sanggup jahitkan dua beg untuk dua puteri mama ni ..
dan mama yakin beg tu Batoul n Zahra boleh guna sampai masuk University nanti sebab buktinya beg sekolah tadika mama yang gambar gajah dulu tu masih ade lagi dan boleh diguna sampai hari ini (jadi beg mainan mereka)..
Batoul nak pergi hotel yer? kita tunggu baba balik baru mama bawak tido hotel yer nak... sekali lagi selamat hari lahir buat Batoul. semoga dua puteri mama ini menjadi anak yang berjaya hidupnya dunia akhirat ameeeennnn...

Saturday, April 25, 2009

Zahra dan Batoul

1. Zahra dan Batoul ..


2. Batoul suka sgt bergambar buat gaya macam ni ..
3. Melaram dengan baju yang atuk mak belikan di KT..





4. Batoul terpaksa pakai jeans kakak Zahra yang dah tak muat,
disebabkan longgar mama pun ikatkan lah dengan tudung je.

Anakanda berdua ni memang suka buat gaya macam2 depan kamera. Jangan besar nnt jadi model sudah... pening kepala mama dan baba nanti. Malam minggu tak pernah ke mana pun sekarangni sejak baba di Libya, kalau dulu... hujung minggu mesti kami empat beranak tak lekat di rumah..

sekarang... hujung minggu paling jauh pun kami akan ke Giant depan rumah tu heheh







Saturday, April 18, 2009

masih demam



Hujung minggu ini rasanya aku tidak ke mana2 kerana Batoul masih belum sembuh sepenuhnya dari demam... pagi Jumaat tu panas badannya naik semula jua pagi Sabtu ini . dah dua kali aku bawanya ke Klinik .. doctor tukar ubat sahaja dan takut dijangkiti virus kata tuan doctor tu.



Bila dah tinggal sendirian ni ... mula lah hati aku risau takut peristiwa dua tahun lepas berulang kembali sampai waktu itu Batoul terpaksa dikejarkan ke hospital dan di tahan wad dua malam. Cukup lah sekali itu sahaja ... tak sanggup rasanya peristiwa tersebut berulang kembali.



Sejak detik itu juga kalau Batoul demam aku tidak akan tidur malam menjaganya sehinggalah suhu badannya beransur turun.
Dulu Batoul memang takut sangat dengan ubat .. alhamdulillah sekarang Batoul tak takut dah dengan ubat dan jika tidur malamnya aku kejutkan nk bagi mkn ubat sekali pun Batoul dengan mudah bangun dan duduk untuk makan ubat... itulah anak manja mama si comel Batoul yang tak kering tekak dibuatnya bila bermain dan bergaduh dengan Az-Zahra'.



semoga Batoul cepat sembuh..

Sunday, April 12, 2009

HKL

semalam 11 April 09 aku ke sekolah kerana ganti untuk hari raya September nanti. Batoul yang demam aku tinggalkan dengan neneknya di rumah. Alhamdulillah Batoul bertambah sihat dan panas badannya juga beransur pulih. Mungkin demam rindukan Babanya di Libya sebab dua tiga hari sebelum demam dia asyik menyebut "mana lah baba ni.... lambatnya nak balik bawak adik pegi hotel...."
tutup cerita Batoul demam sebab dia pun dah sihat sekarang.
HKL .
semalam pertama kali aku ke HKL. hanya dengan satu tujuan melawat abang ipar yang sakit kanser usus. insaf juga melihat keadaanya yang dulunya seorang yang berbadan besar ... menjadi kurus sekarang.. muka juga agak pucat dek kerana penyakit yang dihidapinya. aku seakan menjadi insaf melihat raut wajahnya semalam
punca utama penyakitnya ialah pemakanan yang tidak seimbang ditambah dengan merokok. sejak dia disahkan doktor menghidap kanser usus... aku menjadi lebih berhati2 bab makan. Zahra dan Batoul juga aku paksa makan sayur... buah-buahan tak jadi masalah kerana Zahra memang hantu buah. Kurangnya makan buah-buahan, sayur-sayuran punca sembelit dan buasir yang mendaji petanda awal kanser usus. Darling yang jauh di rantauan juga aku ingatkan bab2 makan ini... risau di hati hubby jauh di mata makan tak dijaga.
"hati2 bab makan ni yer sayang.. kurangkan makanan berlemak dan minuman manis serta bikarbonat yang menjadi kegemaran.."
aku doakan ngah sembuh seperti biasa... agar dapat melihat Nina membesar seiring dengan sepupunya Zahra yang kini baru berusia 6 tahun.

Tuesday, April 7, 2009

hari make up sedunia






hari make up sedunia ... cukup bermakna buat dua orang anak kecil ini kerana hari itu mereka diberi kebebasan bersolek sendiri (walau pun bukan aku yang benarkan sebenarnya)...
aktiviti ini di luar pengetahuan ku kerana waktu itu aku sedang sibuk memasak di dapur ... siap masak barulah aku tahu mereka ada projek rupanya.. dan inilah hasilnya. bukan main seronok lagi mereka bila dah make up macam wayang opera cina .
set make up mereka telah selamat aku buang beberapa hari selepas itu... cukuplah gambar ini sebagai kenangan apabila mereka dewasa kelak.. doa mama semoga anakanda berdua berjaya hidup dunia dan akhirat kelak ameeeeennnnn.

Saturday, April 4, 2009

hujung minggu

hari ini seakan tiada aktiviti kerana kereta tiada di sisi sekali lagi masuk hospital tukar timing belt yang sudah tiga tahun tak berganti... sebelum terjadi perkara2 yang tidak diingini berlaku maka terpaksa jugaklah aku tukar (walaupun ade orang lain yg tolong tukar sebenarnya)..



pagi hari pula batoul dah bangun tika aku dalam bilik mandi kedengaran suara manjanya memanggilku "mama.... adik dah bangun ni... adik nak turun boleh" huh cepat sungguh dia bangun sedangkan tidur malamnya lewat. zahra' masih dibuai mimpi indah.



siap-siap lepas mandi aku turun mendobi sambil melayan batoul. pada mulanya memang lah tiada sebarang aktiviti... tetapi kucing punya pasal lah pagi ini aku terpaksa mencuci tempat sampah, longkang dan lantai garaj kereta. aku bukan tak sayangkan binatang ...tapi kalau dah terabur merata tempat sampaikan dalam pasu bunga aku pun dibuangnya... sapa tak hangin. dari takde kerja jadi satu kerja pulak dah.



takpa setel satu kes. kemudian aku naik atas mandi sekali lagi barulah mula masak untuk lunch dan siap2 masak terus suapkan batoul nasi. kemudian plumber datang nk betulkan paip dalam toilet bilik aku yang dah berbulan rosak... mujur aku dah sediakan kepala paip yang baru so rm10 aje lah yang melayang. tak lama lepas tu MR... datang hantar fiat kesayanganku depan pagar rumah dan kali ini melayang lagi lah setengah ribu lebih untukmu fiat. takpa janji semuanya berjalan lancar..
cukup dulu catatanku untuk hari ini ...


Friday, April 3, 2009

jumaat pertama april ini

hari ini seperti biasa.. lepas sekolah siap2 makan aku hantar zahra' ke art class. seronok bukan main dia dapat ke art class walau pun letih sebenarnya. aku bawa Batoul sekali waktu nk hantar zahra'..




tapi hari ni lepas hantar zahra' aku tak pulang ke rumah ... terus bawa batoul ke playground habiskan masa lebih kurang satu jam dengan dia di sana. seronok tengok batoul main walaupun pada hakikatnya mata aku sangat mengantuk.




siap2 melayan batoul aku ronda satu giant pulak.... sementara menunggu zahra' selesai belajar. tepat jam 4:30 petang zahra' pun siap dengan lukisan burung kakak tua yang sangat cantik bagiku. tema minggu ini barangkali. kemudian terus beli nasi ayam kegemaran zahra' dan waktu tu batoul dah mula merengek minta dukung kerana keletihan. mahu tak mahu aku terpaksa dukung batoul dengan sebelah tangan kerana sebelah tangan lagi penuh dengan barang...




sampai di rumah petang tadi dekat2 jam enam petang jugak kerana menyinggah di Old Klang Road ade urusan dengan ... (PUNTO punya pasal lah ni)


Thursday, April 2, 2009

april fool atau april full?

satu april lalu sememangnya aku ke sekolah seperti biasa dengan zahra'. sampai di sekolah belum sempat aku langkah masuk office lagi GPK1 dah sibuk cari "mana muezah sudah sampai ke?".. arghhhhhhh pagi-pagi sudah dengar soalan macamtu. dalam fikiran aku ni mesti ade sesuatu yang tak kene ni.
rupanya betul ... tepat sekali tekaan ku. adusss aku diarahkan pergi kursus dua hari di hotel Purta KL. perghhh ntah di mana letaknya hotel tu pun aku tak tahu.... ( kalau lah ade darling time tu... sure darling akan hantar aku ke sana ). mahu tak mahu aku terpaksa juga ke hotel Putra tu sebab kursus tu wajib dan sememangnya tak boleh diganti dengan cikgu lain. zahra' aku amanahkan pada guru kelasnya untuk dibawa pulang ke rumah sebab kursus tu sampai petang.
banyak cadangan aku terima dari cikgu2 di sekolah tu jalan mana yang patut aku lalu untuk ke sana... akhirnya aku ikut cadangan herman sebab jalan tu sahaja yang aku nampak. alhamdulillah aku selamat sampai walaupun mengambil masa satu jam kerana jam teruk tengah KL pagi tu.
dua hari aku terpaksa ke hotel putra tu dan sememangnya aku yang dulu hanya co-pilot kini menjadi pilot kerana semuanya sekarang terpaksa ku uruskan sendiri. sebab itulah blog ini jarang sekali aku update kerana kesuntukan masa ..
semoga berjumpa lagi ..
i love you so much much honey... (perpisahan ini benar2 mengajar bb hidup berdikari)

Friday, March 13, 2009

cuti bulan 3

cuti sekolah bulan Mac kali ini aku balik Muar dengan anak2 tanpa darling sebab darling masih lagi di Libya.


bb sentiasa menanti kepulanganmu sayang... anak-anak pun sejak akhir2 ni sibuk tanye kenapa baba ni work lama sangat terutama si manja Batoul. Az-zahra' lain lah dia dah faham kenapa cuma asyik tanya baba dah cukup duit ke nak bawak dia p disneyland.


alhamdulillah .. Az-zahra' sekarang dah habis baca iqra' dan dah baca muqaddam.. baca buku pun dah semakin lancar... sekarang ni tengah belajar baca buku bahasa inggeris pula. doaku semoga anakanda puteri berdua ini menjadi anak yang solehah dan berjaya hidupnya dunia akhirat. ameeeennnn