Saturday, November 6, 2010

umpama roda yang berputar..

Saban hari aku semakin ketandusan idea untuk menulis... atau semakin malas untuk berfikir .... arghhhh tidaaakkkk..... bukan aku malas.. juga bukan ketandusan idea... tetapi masa terlalu mencemburui aku ... kesuntukan masa menjadikan aku tidak berpeluang untuk menulis...


Banyak cerita sebenarnya sehinggakan tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya meninggalkan kita ...
Suka duka 2010 mengajar aku menjadi lebih matang mengharungi liku-liku kehidupan ini... setiap dugaan dan ujian yang datang aku harus tabah menghadapinya kerana itulah tandanya diri ini disayangi...


Pabila usia semakin meningkat.... hidup ini ku rasa ibarat sebuah roda yang berputar atau bola yang bergolek tanpa hentinya... setiap hakikat harus ku terima dengan hati yang tenang walaupun ada kalanya terpaksa ku tanggung sendiri ... ku pendam sendiri...

Hanya padaMU ku mengadu ya Rab... agar diri ini terus tabah mengharungi onak duri dugaan-dugaan yang datang...

Hari-hari mendatang pasti penuh dugaan ... penuh dengan cerita yang aku sendiri tidak pasti... kerana apa yang pasti aku sedar aku adalah hambamu yang lemah... seorang anak... seorang isteri kepada insan yang amat menyayangiku... seorang mama kepada dua orang puteri...

berikanlah aku kekuatan ya Rab.... untuk terus tabah mengharungi ombak di lautan ini...

Saturday, August 7, 2010

ogos 2010

Berbulan sudah tidak menulis... bukan bermakna tak punya idea tetapi masa tidak mengizinkan..
hari ini mungkin ada sedikit masa....
hujan di luar masih turun membasahi bumi ...
sedang asyik menaip mengatur bicara di dalam hati... tiba-tiba aku diganggu lagi dengan seorang anak kecil 4 tahun yang mengaku dirinya Ben10 girl sejak akhir-akhir ini...


arghhhhhhh...... mana mungkin mahu menulis andai diganggu lagi sebegini ....
seolah-olah tiada peluang langsung...


takpe ini mungkin permulaan kedua untuk 2010
insyallah akan menyusul selepas ini..

Sunday, January 10, 2010

diari seorang mama

Tahun 2010 telah masuk hari ke 10 hari ini. Ini bermakna seminggu sudah aku kembali bertugas dan seminggu sudah juga Zahra permata hati mama bersekolah di SKsi. Aku salah seorang guru Zahra di sekolah.. terkenang pula tatkala aku dibangku sekolah dahulu kerana mak aku juga seorang guru... terima kasih mak kak long sangat menyayangi mak.


Berbalik kepada diari aku sehari-hari bermula 4 Januari 2010. Seawal jam 5 pagi aku mula bangun dari tidur menyiapkan apa jua yang patut untuk bekalan Zahra ke sekolah. Menjadi kewajipan sebelum ke sekolah kami (aku dan Zahra) akan solat subuh berjemaah. Kemudian sarapan pagi dengan segelas susu dan roti. Zahra yang dulunya tak suka mengambil sarapan pagi kini telah berjaya membiasakan dirinya bersarapan dengan roti dan segelas susu suam.


Sebelum jam tujuh pagi kami berdua bertolak ke sekolah... menjadi rutin sepanjang jalan ke sekolah Zahra mesti membaca surah-surah yang dihafaznya hinggalah selesai dan dia nak dengar lagu Hanna Montana... zahra.... zahra....


Pulang ke rumah semula lebih kurang jam 2 setengah petang... berebut pula untuk makan tengah hari kerana sebelum jam 3 petang Zahra akan ke sekolah agama... kerja aku di rumah kembali seperti suri rumah yang lain juga yang tiada hentinya selagi malam belum melabuhkan tirainya tanda mata tertutup untuk tidur...


Lepas maghrib menjadi rutin juga aku akan mengajar dua puteri aku mengaji. Alhamdulillah Zahra sudah juzuk dua manakala Batoul masih muka surat pertama Iqra' 1 tak mahu beralih muka surat lain.... itulah Batoul buah hati mama..
siap mengaji kami 3 beranak akan solat isyak pula... biasanya Batoul juga yang suka jadi imam.. kemudia turun ke bawah utk mengisi perut dengan sedikit makanan yang berkhasiat kerana takut lain pula jadinya kalau terlebih mkn malam... dan sejak sudah masuk darjah satu ini juga... Zahra mula belajar tidur awal sedikit walaupun kadangkala terpaksa... begitulah sedikit sebanyak catatan diari aku bergelar mama dan baba dalam satu masa ... semoga puteri-puteri mama ini menjadi anak solehah ameeen....