Wednesday, February 11, 2009

alhamdulillah


Setelah hampir dua minggu aku menumpang kereta kawan2 ke sekolah ... akhirnya esok berjaya juga aku memandu sendiri PUNTO kesayanganku .


Alhamdulillah hari ini Punto sihat seperti sediakala dan alhamdulillah juga tak banyak RMnye... cuma rm390 sahaja. Sepanjang kereta di workshop... memang patah kaki tak dapat ke mana .. mujur jugalah ada adik2 di KL ni yang sudi menolong.


Serik sangat serik rasanya kereta sakit waktu ketiadaan darling di sisi... aduhhhh ini lah dugaan namanya .... segalanya aku terpaksa uruskan sendiri ... belajar berdikari. Semoga kereta itu terus sihat...



Monday, February 9, 2009

Punto Nouva

cuti tahun baru cina tahun ni aku berpeluang cuti panjang 10 hari, so peluang cuti panjang ni tak ku lepaskan begitu saje.... aku balik bercuti ke Muar dengan Zahra' dan Batoul. kami pulang dengan saWi acu (adik) aku punya kereta.. senang cakap kami balik satu kereta... dan kereta aku tinggal di rumah Chea di Shah Alam..

balik dari muar Punto ku meragam.... aduss bagai nk pecah kapala ni memikirkan kereta rosak ni.. tak tahu apa nk buat kalau sebut pasal kereta ni melainkan memandu kereta je la yang aku tahu... isi gas (minyak) pun semenjak dua menjak hubby le Libya ni la. Kalau tidak semuanya pasal kereta darling aku yang uruskan.

Aduhai.... masa dapat tahu Punto meragam hati aku dah mula berdebar... sakit kepala dan makan pun tak lalu dibuatnya. Dalam kepala aku ni takde dah orang lain selain seorang sahabat darling (Mr. H) yang dah janji nk tolong bab-bab Punto ni sepanjang ketiadaan darling di sisi... memang Mr.H dah janji dengan darling sebelum darling fly lagi mungkin kerana kereta dia sama jenis dengan kereta aku. Walaupun aku tak pernah bercakap dengan Mr.H tu...kerana dah terpaksa aku buat tak malu je call dia dan keesokkan paginya dia datang ke rumah tengok Punto yang tersadai tu.

Disebabkan CNY ... workshop yang biasa darling aku pergi tu tutup dua minggu... so Mr.H hantarlah ke workshop yang biasa dia pergi. Aduss... baru Sabtu lepas dapat hantar ke workshop kerana banyak sangat kereta lain dan yang menyedihkan sehingga hari ini (isnin) belum siap2 lagi... cina tu minta masa dua tiga hari lagi sebab tak jumpa lagi di mana masalahnya Punto kami tu.. huhkhukhukhuk... maka terpaksalah aku ke sekolah tumpang kereta kawan lagi minggu ni.

Friday, February 6, 2009

happy birthday sayang


Selamat Hari lahir buatmu sayang. hari ini birthday darling yeng ke 32.. semoga dipanjangkan umur... murah rezeki... hendaknya sayang. Bb dan anak2 hanya mampu mengucapkan salam sayang di hari ulangtahun kelahiranmu yang ke 32 ini... hadiah balik malaysia nnt bb bagi yer.

ingat kami selalu.

from bb with love.