Saturday, November 6, 2010

umpama roda yang berputar..

Saban hari aku semakin ketandusan idea untuk menulis... atau semakin malas untuk berfikir .... arghhhh tidaaakkkk..... bukan aku malas.. juga bukan ketandusan idea... tetapi masa terlalu mencemburui aku ... kesuntukan masa menjadikan aku tidak berpeluang untuk menulis...


Banyak cerita sebenarnya sehinggakan tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya meninggalkan kita ...
Suka duka 2010 mengajar aku menjadi lebih matang mengharungi liku-liku kehidupan ini... setiap dugaan dan ujian yang datang aku harus tabah menghadapinya kerana itulah tandanya diri ini disayangi...


Pabila usia semakin meningkat.... hidup ini ku rasa ibarat sebuah roda yang berputar atau bola yang bergolek tanpa hentinya... setiap hakikat harus ku terima dengan hati yang tenang walaupun ada kalanya terpaksa ku tanggung sendiri ... ku pendam sendiri...

Hanya padaMU ku mengadu ya Rab... agar diri ini terus tabah mengharungi onak duri dugaan-dugaan yang datang...

Hari-hari mendatang pasti penuh dugaan ... penuh dengan cerita yang aku sendiri tidak pasti... kerana apa yang pasti aku sedar aku adalah hambamu yang lemah... seorang anak... seorang isteri kepada insan yang amat menyayangiku... seorang mama kepada dua orang puteri...

berikanlah aku kekuatan ya Rab.... untuk terus tabah mengharungi ombak di lautan ini...

Saturday, August 7, 2010

ogos 2010

Berbulan sudah tidak menulis... bukan bermakna tak punya idea tetapi masa tidak mengizinkan..
hari ini mungkin ada sedikit masa....
hujan di luar masih turun membasahi bumi ...
sedang asyik menaip mengatur bicara di dalam hati... tiba-tiba aku diganggu lagi dengan seorang anak kecil 4 tahun yang mengaku dirinya Ben10 girl sejak akhir-akhir ini...


arghhhhhhh...... mana mungkin mahu menulis andai diganggu lagi sebegini ....
seolah-olah tiada peluang langsung...


takpe ini mungkin permulaan kedua untuk 2010
insyallah akan menyusul selepas ini..

Sunday, January 10, 2010

diari seorang mama

Tahun 2010 telah masuk hari ke 10 hari ini. Ini bermakna seminggu sudah aku kembali bertugas dan seminggu sudah juga Zahra permata hati mama bersekolah di SKsi. Aku salah seorang guru Zahra di sekolah.. terkenang pula tatkala aku dibangku sekolah dahulu kerana mak aku juga seorang guru... terima kasih mak kak long sangat menyayangi mak.


Berbalik kepada diari aku sehari-hari bermula 4 Januari 2010. Seawal jam 5 pagi aku mula bangun dari tidur menyiapkan apa jua yang patut untuk bekalan Zahra ke sekolah. Menjadi kewajipan sebelum ke sekolah kami (aku dan Zahra) akan solat subuh berjemaah. Kemudian sarapan pagi dengan segelas susu dan roti. Zahra yang dulunya tak suka mengambil sarapan pagi kini telah berjaya membiasakan dirinya bersarapan dengan roti dan segelas susu suam.


Sebelum jam tujuh pagi kami berdua bertolak ke sekolah... menjadi rutin sepanjang jalan ke sekolah Zahra mesti membaca surah-surah yang dihafaznya hinggalah selesai dan dia nak dengar lagu Hanna Montana... zahra.... zahra....


Pulang ke rumah semula lebih kurang jam 2 setengah petang... berebut pula untuk makan tengah hari kerana sebelum jam 3 petang Zahra akan ke sekolah agama... kerja aku di rumah kembali seperti suri rumah yang lain juga yang tiada hentinya selagi malam belum melabuhkan tirainya tanda mata tertutup untuk tidur...


Lepas maghrib menjadi rutin juga aku akan mengajar dua puteri aku mengaji. Alhamdulillah Zahra sudah juzuk dua manakala Batoul masih muka surat pertama Iqra' 1 tak mahu beralih muka surat lain.... itulah Batoul buah hati mama..
siap mengaji kami 3 beranak akan solat isyak pula... biasanya Batoul juga yang suka jadi imam.. kemudia turun ke bawah utk mengisi perut dengan sedikit makanan yang berkhasiat kerana takut lain pula jadinya kalau terlebih mkn malam... dan sejak sudah masuk darjah satu ini juga... Zahra mula belajar tidur awal sedikit walaupun kadangkala terpaksa... begitulah sedikit sebanyak catatan diari aku bergelar mama dan baba dalam satu masa ... semoga puteri-puteri mama ini menjadi anak solehah ameeen....

Thursday, December 31, 2009

selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010

sekian lama aku tidak menulis...
tahun 2009 ku rasakan begitu cepat masa berlalu...
sangat cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya...
pelbagai kenangan manis dan pahit..
telah aku lalui bersama insan-insan tersayang...


jendela 2010 bakal tiba...
menandakan hampir setahun kita hidup berjauhan sayang...
jauh di mata...
terasa dekat sangat di hati...


tahun 2009 meninggalkan pelbagai kenangan manis
antara kita dan dua puteri....
walaupun dalam tahun yang sama...
kita kehilangan tiga insan tersayang...


semua ini sudah suratan ...
takdir Illahi mengatasi segalanya...
semoga mentari 2010 esok hari...
memberi sejuta rahmat buat kita sekeluarga...

Tuesday, November 3, 2009

November 2009

begitu cepat masa berlalu... baru semalam rasanya darling balik bercuti di Malaysia beraya bersama kami sekeluarga.. kami bercuti pula ke Langkawi pada hari raya ke 4 .. kemudian menemankan aku ke Melaka selama 3 hari dan hari ini diam tak diam sudah 10 hari juga darling aku terbang semula ke Libya untuk makan masa 180 hari dari tarikh 24 Oktober lalu...



i miss u darling..



sejak detik itu jugalah aku mula sibuk menguruskan segala urusan rumah sendirian.. mujur ibu mertua tinggal bersama dapatlah dia mengasuh Batoul sepanjang aku ke sekolah. rutin setiap petang selasa pula ialah ke pasar tani di Bandar Kinrara membeli apa yg patut untuk belakan lauk seminggu biasanya...

i love u darling..


aku redha dengan kehidupan aku sekarang walaupun memang tidak pernahku terfikir untuk hidup berjauhan dengan insan tersayang yg bergelar suami..
darling adalah lelaki yang sangat baik dalam hidupku ... apa tidaknya dari hari pertama kami hidup bersama... darling sangat rajin membantu aku... pendek kata segala urusan rumahtangga kami urusakan bersama....



teringat abah pernah cakap dengan aku 7 tahun dahulu.... " orang lelaki negeri 9 memang baik..."




dan pensyarah aku di maktab yang berasal dari n9 juga pernah bercakap dalam kelas .." kalau kahwin dengan lelaki Johor si isteri lelaki tu punya... tapi kalau kahwin dengan lelaki negeri 9... lelaki itu kita punya..." mungkin ade kebenaranya ..



i miss you so much much darling..



Wednesday, August 19, 2009

Ogos

Ogos yang hampir ke penghujung ini sangat sibuk bagi diriku yang tiap hari menguruskan segalanya sendiri sejak darling ke Libya.

Minggu pertama aku sibuk dengan Karnival Pendidikan Prasekolah Zon Bangsar... yang mana aku sekali lagi diamanahkan menjadi juruacara majlis penutup Karnival tersebut. Zahra terlibat dengan pertandingan hafazan dan berjaya merangkul tempat ke4.

Sepanjang minggu pertama ini juga kami satu rumah demam... bermula dari Zahra.. Batoul.. mummy yah dan aku yang jadi penutupnya. Alhamdulillah kami kembali sihat sekarang.

Minggu ke dua aku ke Melaka atas urusan kerja selama 3 hari di sana. Dua puteri aku tinggalkan dengan mak abah di Muar. Habis kursus balik Muar ambil Zahra dan Batoul masih lagi di sana ... esok lusa akhir sekolah aku balik semula bercuti sepuluh hari di Muar.

selamat menyambut ramadhan buat semua. semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dan diberkati olehNYA.

Wednesday, July 15, 2009

“ we are what we eat "

Itulah ungkapan yang telah ku dengar dari mulut seorang sahabat awal pagi ini sedang kami berdua terperangkap dalam kesesakan jalan raya@jem di pinggir KL... sahabat yang seorang ni memang kuat bercakap tapi tidak merapu kerana sejak aku mengenalinya sampailah ke hari ini ... dia seorang yang sangat matang berfikir sesuai denga usianya walaupun sekilas pandang dia umpama seorang yang masih muda remaja sedangkan usianya lebih tua dari aku... dia juga seorang yang sangat menghargai kehidupan mungkin kerana pengalaman yang telah dilaluinya selama ini ...


Berbalik kepada ungkapan “we are what we eat "... sedang asyik berbual di dalam kesesakan jalan raya, tiba-tiba sebuah kereta memintas kereta kami dalam keadaan yang kurang sopan, secara spontan ungkapan itu telah keluar dari mulut sahabatku dan secara automatik juga aku tahu siapa gerangan pemandu yang sangat berhemah tadi... tapi tidak lah sampai ke tahap aku fikir apa yang pemandu itu makan selama ini yang menjadikan perangainya begitu.


Bila difikir-fikirkan semula memang ada benarnya kata sahabat aku itu kerana pemakanan kita akan mempengaruhi sahsiah diri kita yang kita sendiri tidak sedar selama ini. Pemakanan sangat penting dalam hidup kita sebenarnya ... apa yang kita makan tiap hari itulah yang menjadi darah daging kita untuk terus bernafas... pemakanan kita juga mampu mencorak pemikiran kita... peribadi kita dan sikap kita sama ada positif atau sebaliknya...

Terima kasih sahabat...