Wednesday, August 19, 2009

Ogos

Ogos yang hampir ke penghujung ini sangat sibuk bagi diriku yang tiap hari menguruskan segalanya sendiri sejak darling ke Libya.

Minggu pertama aku sibuk dengan Karnival Pendidikan Prasekolah Zon Bangsar... yang mana aku sekali lagi diamanahkan menjadi juruacara majlis penutup Karnival tersebut. Zahra terlibat dengan pertandingan hafazan dan berjaya merangkul tempat ke4.

Sepanjang minggu pertama ini juga kami satu rumah demam... bermula dari Zahra.. Batoul.. mummy yah dan aku yang jadi penutupnya. Alhamdulillah kami kembali sihat sekarang.

Minggu ke dua aku ke Melaka atas urusan kerja selama 3 hari di sana. Dua puteri aku tinggalkan dengan mak abah di Muar. Habis kursus balik Muar ambil Zahra dan Batoul masih lagi di sana ... esok lusa akhir sekolah aku balik semula bercuti sepuluh hari di Muar.

selamat menyambut ramadhan buat semua. semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dan diberkati olehNYA.

4 comments:

silversarina said...

Selamat menyambut Ramadan buat mama dan anak2.

Baba balik dekat raya ke ???

mama said...

selamat jua untuk kak ina keluarga. ye kak kalau takde aral melintang darling sayan balik 13 september..

so abang nuar balik tak raya ni?

silversarina said...

Dapatlah budak berdua tu beraya dan lepaskan rindu pada baba mereka ye... abang nuar raya kat sana, raya 6 baru turn dia balik sini.

Lien Fayzal said...

salam.. now br kenal.. ermm.. wife Zul kn.. salam perkenalan.. thx sbb sudi sggh blog lien eh..