Sunday, January 10, 2010

diari seorang mama

Tahun 2010 telah masuk hari ke 10 hari ini. Ini bermakna seminggu sudah aku kembali bertugas dan seminggu sudah juga Zahra permata hati mama bersekolah di SKsi. Aku salah seorang guru Zahra di sekolah.. terkenang pula tatkala aku dibangku sekolah dahulu kerana mak aku juga seorang guru... terima kasih mak kak long sangat menyayangi mak.


Berbalik kepada diari aku sehari-hari bermula 4 Januari 2010. Seawal jam 5 pagi aku mula bangun dari tidur menyiapkan apa jua yang patut untuk bekalan Zahra ke sekolah. Menjadi kewajipan sebelum ke sekolah kami (aku dan Zahra) akan solat subuh berjemaah. Kemudian sarapan pagi dengan segelas susu dan roti. Zahra yang dulunya tak suka mengambil sarapan pagi kini telah berjaya membiasakan dirinya bersarapan dengan roti dan segelas susu suam.


Sebelum jam tujuh pagi kami berdua bertolak ke sekolah... menjadi rutin sepanjang jalan ke sekolah Zahra mesti membaca surah-surah yang dihafaznya hinggalah selesai dan dia nak dengar lagu Hanna Montana... zahra.... zahra....


Pulang ke rumah semula lebih kurang jam 2 setengah petang... berebut pula untuk makan tengah hari kerana sebelum jam 3 petang Zahra akan ke sekolah agama... kerja aku di rumah kembali seperti suri rumah yang lain juga yang tiada hentinya selagi malam belum melabuhkan tirainya tanda mata tertutup untuk tidur...


Lepas maghrib menjadi rutin juga aku akan mengajar dua puteri aku mengaji. Alhamdulillah Zahra sudah juzuk dua manakala Batoul masih muka surat pertama Iqra' 1 tak mahu beralih muka surat lain.... itulah Batoul buah hati mama..
siap mengaji kami 3 beranak akan solat isyak pula... biasanya Batoul juga yang suka jadi imam.. kemudia turun ke bawah utk mengisi perut dengan sedikit makanan yang berkhasiat kerana takut lain pula jadinya kalau terlebih mkn malam... dan sejak sudah masuk darjah satu ini juga... Zahra mula belajar tidur awal sedikit walaupun kadangkala terpaksa... begitulah sedikit sebanyak catatan diari aku bergelar mama dan baba dalam satu masa ... semoga puteri-puteri mama ini menjadi anak solehah ameeen....

No comments: