Sunday, June 28, 2009

June

Hari ini 28 Jun 2009... hari Ahad yang ku gunakan dengan tidak keluar ke mana-mana kerana banyak sangat urusan dalam rumah mesti ku selesaikan hari ini ... selain kerja-kerja rumah, aku juga terpaksa menyiapkan satu kertas kerja atas arahan boss di sekolah. Yup... sekarang kertas kerja yang dimaksudkan telah siap aku print. Masa ni lah aku gunakan nak cuba update blog aku yang sangat sunyi sejak akhir-akhir ini.



Apa kan tidaknya... sejak bukak sekolah Jun ini... aku sangat sibuk dengan tugasan di tempat kerja yang kadang kala memeningkan kepala ditambah dengan cuaca yang semakin panas. Semoga hujan turun lah hendaknya malam ni .



Sejak darling ke Libya jugaklah segala urusan rumah terpaksa aku uruskan sendiri sama seperti isteri-isteri lain yang senasib dengan ku. Walau apa pun aku tetap tabah menghadapinya... (dalam hati ni sentisa menghitung hari insan tersayang akan pulang menjelang Syawal) nanti insyallah...



Jun...

Boleh dikatakan bulan yang penuh dengan aktiviti jugaklah.... aktiviti cuti sekolah.... birthdah az-zahra’.... aktiviti yang entah kali ke berapa menghantar Fiat ke hospital... aktiviti LDP... aktiviti lawatan ke Melaka... aktiviti meeting ke sekolah lain...aktiviti menyiapkan dua puteri yang telah diundang khas menjadi “flower gurls” di Shah Alam... dan bermacam lagi aktiviti yang pastinya menunggu...



Sehingga bertemu lagi...

2 comments:

silversarina said...

memang busy tambahan pulak mama kerja dan kena uruskan pelbagai urusan sendiri . Tak lama dah Syawal, semoga ceria selalu.

mama said...

hehhheh memang busy sangat sejak darling ke Libya ni kak...

Tuhan je yang tahu macam mana letihnya saya ehhhee... sampaikan saya rasa tiada ruang badan saya ni nak membesar... bertambah kurus ade lah..

sabtu ahad kalau boleh saya lebih suka melepak di rumah rehatkan badan...
kak ina best kan tak kerja...