Sunday, April 12, 2009

HKL

semalam 11 April 09 aku ke sekolah kerana ganti untuk hari raya September nanti. Batoul yang demam aku tinggalkan dengan neneknya di rumah. Alhamdulillah Batoul bertambah sihat dan panas badannya juga beransur pulih. Mungkin demam rindukan Babanya di Libya sebab dua tiga hari sebelum demam dia asyik menyebut "mana lah baba ni.... lambatnya nak balik bawak adik pegi hotel...."
tutup cerita Batoul demam sebab dia pun dah sihat sekarang.
HKL .
semalam pertama kali aku ke HKL. hanya dengan satu tujuan melawat abang ipar yang sakit kanser usus. insaf juga melihat keadaanya yang dulunya seorang yang berbadan besar ... menjadi kurus sekarang.. muka juga agak pucat dek kerana penyakit yang dihidapinya. aku seakan menjadi insaf melihat raut wajahnya semalam
punca utama penyakitnya ialah pemakanan yang tidak seimbang ditambah dengan merokok. sejak dia disahkan doktor menghidap kanser usus... aku menjadi lebih berhati2 bab makan. Zahra dan Batoul juga aku paksa makan sayur... buah-buahan tak jadi masalah kerana Zahra memang hantu buah. Kurangnya makan buah-buahan, sayur-sayuran punca sembelit dan buasir yang mendaji petanda awal kanser usus. Darling yang jauh di rantauan juga aku ingatkan bab2 makan ini... risau di hati hubby jauh di mata makan tak dijaga.
"hati2 bab makan ni yer sayang.. kurangkan makanan berlemak dan minuman manis serta bikarbonat yang menjadi kegemaran.."
aku doakan ngah sembuh seperti biasa... agar dapat melihat Nina membesar seiring dengan sepupunya Zahra yang kini baru berusia 6 tahun.

6 comments:

silversarina said...

Ingatkan Batoul masuk HKL , Alhamdulilah dia dah sihat.

Memang menakutkan makanan sekarang ni yang macam2 ada , akak sampai sekarang masih takut nak makan apa yang doktor suruh pantang buat sebulan dua.

Jaga diri ye .

Fauziah said...

salam muez
apa kata cuba alternatif lain? kot2 laa masih ada harapan.
http://ibukauthar.blogspot.com/2009/03/penawar-cancer-insyaallah.html

mama said...

kak ina,
hhee Batoul dah sihat kak.. demam rindu jer gaknya dia tu.
so seronok yer honeymoon?

b,
ok aku cuba bukak blog tu dulu yer. thanks kawan..

mama_kaisah said...

sala..sihat semua? saja menziarahi.. dah besa anak2 akk yer..

Jorji said...

Batoul suka pergi hotel yer? buat apa kat hotel?

nway..apa kita makan,itula diri kita...takoot!

mama said...

j:
hahha memang dua2 gurl tu suka p hotel berendam dalam kolam kot...
masalahnya sekarang big baba takde camne lah nk p hotel..

so lepas ni kita pakat puasa je lah kan.. i nk suruh baba puasa jer lah lg senang..