Wednesday, December 10, 2008

Kenangan Aidil Adha 2008




Tahun ini kami sekeluarga beraya di rumah sendiri di Bandar Kinrara kerana mak abah pergi ke Mekah, Mummy Yah pula beraya di Penang rumah Yong.

Macam biasa aku masak rendang daging, sambal kacang dan kuah lodeh. Sambal dan rendang aku masak malam raya... kuah lodeh sahaja aku dan hubby masak pagi raya. Sayang memang ringan tulang membantu aku . Syukran Habibi...

Sejak subuh raya hujan turun tanpa henti sepanjang hari.. di sebelah pagi kami tidak ke mana menunggu sahabat jauh datang bertandang.

Alhamdulillha mereka sampai jua akhirnya dari Kemaman siapa lagi kalau bukan kak Ina yang selama ini kami kenal di alam maya sahaja. Terima kasih kak Ina kerana sudi menjejakkan kaki ke teratak buruk kami di sini. Entah bila kami akan ke sana pula hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Zahra' dan Batoul seronok berkawan dengan Mimi anak kak Ina.. macam dah lama kenal pulak budak2 ni.

Petang hari kami ke rumah Chea adik aku di Shah Alam buat kecah kat situ pulak. Lepas tu kami ke Kota Kemuning dan malam terus ke Puchong rumah sepupu sebelum pulang semula ke rumah.

4 comments:

Anonymous said...

muez-salam rinduuuu teramat rindu.... akak selalu tertanya2 sorang2 apa cerita muez sekarang... bila bukak blog 'mama' tu tengok gambar suami muez cam kenal jer ni.... comel zahra' dan batoul... keep in touh sokmo deh... banyak benda nak cerita ni...

mama said...

salam kembali
cuti sekolah ni la bukak hehheheh
dah lama join d blog tapi cuti ni baru sempat buat blog sendiri..
rindu la kak syifa... lama kita tak jumpa kan..
kak syifa kat mana sekarang?
tak turun KL ker? boleh p umah muez kalau turun KL.

NURAZZAH8 said...

salam...bestnya dapat jumpa Silversarina@kak ina... sebenarnya silversarina nak dtg rumah akak jugak tapi kami sekeluarga pulang berhari-raya ke kampung di Pontian... anyway, tak apa..InsyaAllah boleh jumpa mama dan babazahra juga suatu hari nanti...

macam jauh tetapi dekat... bagilah alamat rumah kat akak..IA nanti jika ada masa lapang akak datang juga...

mama said...

hehhe memang seronok mcm tak percaya dapat jumpe mereka tempohari.
ok ni add saya no.86 jln BK5/11 bdr kinrara.