Saturday, January 3, 2009

entry pertama 2009




Belum terlambat rasanya diucapkan selamat tahun baru 2009 kepada kalian semua. Semoga tahun 2009 ini menjadi lebih bermakna dalam hidup kita. Lama sudah aku tak mengadap blog sendiri ... rasanya terlalu sibuk menguruskan pelbagai masalah dunia sehingga masa 24 jam sehari seolah-olah 24 minit sehari..


Seperti biasa juga ... dua lukisan di atas adalah hasil nukilan anakanda Az-Zahra' yang terbaru. Simanja Batoul belum pandai melukis lagi.


Dua tiga hari lepas aku sibuk dengan urusan kerja di sekolah... urusan rumah tangga... urusan anak-anak... sehingga dapur pun tak sempat berasap. Hari ini alhamdulillah dapur kembali berasap dengan menu kegemaran kekasih hatiku (tomyam campur, telur dadar dan sotong goreng tepung) ala-ala kedai tomyam... dan yang pastinya menu hari ini jauh lebih sedap dari kedai tomyam.
sehingga bertemu lagi.





1 comment:

NURAZZAH8 said...

cantik lukisan anakanda ya...ada bakat melukis!

hurm... baru baca n3 sebelum ini..abang sayang nak ke Libya sekejap atau dapat kerja di sana?