Friday, January 23, 2009

2 puteri mama dan baba


Zahra' dan Batoul anakanda kesayangan baba & mama. Gambar ni diambil dua hari sebelum baba fly ke Libya. Maknanya baba tak sempat lah tengok gambar ni kerana Rabu lepas baru siap. Lama sangat dah mereka mengidam nak pakai baju ala princess macam ni... mujurlah ada peluang jadi aku pun rebutlah peluang yang ada semata-mata untuk melihat mereka berdua tersenyum riang .
Sepanjang sesi fotografi... mereka berdua sentiasa ceria seolah2 mereka tak pernah buat hal selama ini ( menakal la...). Si manja Batoul juga pandai bergaya walaupun baru 2 tahun setengah ... si kakak memang suka bergaya...
Baba hanya dapat menatap wajah ceria anak-anak ini dalam facebook la nampaknya .. takpa zaman siber semua benda jadi mudah kan sayang.

1 comment:

Ummi365 said...

dah berlepas dah cik abang sayang? jangan sedih dan risau. take it positively ya. insyaallah tak lama lagi jumpakan..