Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Thursday, January 22, 2009

Hari ke 5

Hari ini masuk hari ke 5 kekasih hatiku bekerja di Libya... adusss rasa macam dah lama sangat aku hidup sendirian bersama anak2 yang masih kecil. Rindu tetap rindu... tuhan sahaja yang tahu.
semoga cepatlah kita dapat jumpa semula darling.

gambar di atas sekadar mengenang kambali ketika kami ke Syria menaiki keretapi zaman Uthmaniah yang tiap hari lalu belakang rumah kami..... kenangan yang tak mungkin ku lupakan bersamu sayang.



Monday, January 19, 2009

Hidup Sendiri

Masuk hari ini hari kedua aku dan anak-anak hidup sendirian di Malaysia tanpa kekasih hati suami tercinta baba tersayang yang menjadi tempat kami bermanja selama ini. Kini dirimu berada beribu batu dari kami sayang... jauh di mata dekat sangat di hati ini. Kekadang kurasakan diri ini sangat sepi tanpamu sayang. Kami doakan dikau selamat di rantau orang... doakan jua kami di Malaysia terus tabah menjalani kehidupan tanpamu di sisi...
Rutin harian sedikit berubah kerana biasanya sebelum ke sekolah Baba lah yang menyiapkan Zahra' sehingga lah memanaskan enjin Punto dan melambai tangan. Mulai hari ini aku bangun lebih awal dari biasa begitu jua dengan Zahra'... begitu juga dengan waktu tidur malam... kami 3 beranak masuk tidur lebih awal sekarang ini.
Aku redha kerana inilah keputusan yang telah kita buat sayang demi masa depan yang lebih cerah ... percintaan dan kasih sayang itu menuntut kita untuk berkorban untuk mendapatkan nilai yang sangat berharga dalam hidup ini. Doaku agar dirimu selamat dan sihat sejahtera di Libya. I LOVE YOU SO MUCH DARLING.

Tuesday, January 13, 2009

awan mendung mula beredar..

darling...
awan mendung mula beredar
memberi laluan mentari menyinar
dan terus menyinar
tanpa sempadan
begitulah hati ini...
yang semakin kuat dan tabah
menghadapi saat itu..
doa bb agar segalanya baik
baik dirimu di sana...
mahu pun kami di sini.
kuatkan semangat di tempat orang..
bb dan anak2 sentiasa mendoakan ...
yang terbaik buatmu sayang.

Thursday, January 8, 2009

sayang awak

sayang...
tika dan saat ini terlalu sedih dangat rasanya...
kenapa begitu cepat masa berlalu...
tak sampai sepuluh hari lagi Yang...
awak akan terbang ke Libya,
meninggalkan bb dan anak2 yang masih kecil...
bb faham sangat Yang...
bb redha dengan keputusan ini...
bb doakan hero selamat di tempat orang...
jangan lupakan kami di Malaysia ye....
bb dan anak2 sentiasa merindui awak nanti Yang...
semoga dengan keputusan yang kita buat ini..
akan menjaminkan kehidupan yang lebih cerah...
untuk keluarga kita...
jauh di mata dekat di hati...
bb dan anak2 setia menanti...
kepulanganmu sayang...
wahai suami kekasih hati...
baba mithali zahra' dan batoul.