Friday, December 26, 2008

hip hip hore

Seperti biasa setiap Jumaat aku akan menghantar Zahra' ke art class 3-5 petang. Hari ni aku dan Batoul terus balik ke rumah .. lepas solat asar baru aku keluar semula ke giant jemput Zahra'. Keluar dari kelas Zahra' kami bertiga menuju ke cosway aku nak beli barang sikit. Zahra' bising tanya bila boleh dapat scooter dia.

mujur dia bising jadi aku pun tanya la kakak cosway scooter yang aku tukar 3 hari lepas dah sampai ke? Alhamdulillah rezeki Zahra'.... scooter idaman dah sampai. Maka gumbira dan ceria sangat muka dia bila dah dapat scooter hari ini. Sampai rumah satu kerja lagi aku terpaksa menganbil masa lama nak pasang scooter yang masih bercerai tu... dan inilah hasilnya seperti gambar di atas.


Tuesday, December 23, 2008

Geng setahun...





geng setahun membawa erti kami berjumpa setahun sekali sahaja...
dalam masa setahun kenangan seperti dalam gambar2 di atas akan dibawa ke tahun hadapan..
dan begitulah dengan anak2 kami yang seiring membesar.
semoga ada umur yang panjang ...
kita berjumpa lagi tahun hadapan





Basikal Baru vs SCooter


Petang semalam 22 DEC 08 kami sekeluarga keluar ke Mid Valley dengan dua tujuan iaitu nak belikan Batoul basikal baru dan Zahra Scooter idaman.
Sebelum ke Mid Valley aku dan anak2 ikut darling ke Bangsar jumpa seorang teman menguruskan Visa darling ke Libya.
arghhhhh...... sebut pasal Libya bikin aku duduk mandi tak basah makan tak kenyang dibuatnya... entah bila aku tak pasti... yang pasti saatnya akan tiba jua...
SAYANG AWAK DARLING.
Siap urusan visa barulah kami ke Midvalley cari basikal dan scooter idaman tu... kesian zahra' scooter idaman tiada yang ada basikal Batoul.
Sepanjang perjalanan pulang Zahra' menangis kesedihan... sampai rumah aku dan darling solat maghrib dan terus lekuar semula ke Jusco equinePark plak nk cari Scooter.
Sekali lagi scooter idaman takde dijual.
Maka hari ini aku ke cosway di giant kinrara tukar 15 kupon + rm38.00 untuk menebus sebuah Scooter PINK idaman kalbu Az-zahra'... minggu depan baru dapat scooter tu sayang.

Bagan Lalang 19-21 DISEMBER 2008

DEC 19-21 lepas kami sekeluarga ke Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang ada reunion KelicapFC (darling punya team bola time di Jordan dulu). Tiap tahun kelicap buat reunion... dan tiap tahun juga hubby tersayang menguruskannya.

Zahra' & Batoul seronok jumpa kawan2 setahun sekali. Batoul takut mandi pool sebab tu gambar darling dengan zahra' je dalam kolam.


Dua puteri sibuk nak tangkap gambar tepi kolam sebelum mandi...

Ini pula gambar sebelum bertolak ke treasurehunt... kereta kami mengunggul tempat pertama buat kali keduanya. Gambar bawah ni plak Batoul seronok sangat dah sampai hotel walaupun perjalanan ke sana lebih kurang sejam setengah sahaja dari rumah.





Thursday, December 18, 2008

Aktiviti Semalam

Semalam 17 Disember 2008 aktiviti aku hubby dan anak2 penuh dari pagi hingga ke malam. seperti biasa di sebelah pagi aku menguruskan rumah manakala hubby ke imigresen Shah Alam buat pasport. Sementara menunggu pasport siap dalam tempoh 2 jam ... darling pulang ke rumah. Lepas zohor kami keluar semula terus ke jalan Loke yu beli minyak silenia, kemudian terus ke plaza Time jln Tun Razak hantar minyak tadi pada pelanggan yang dah oder 5 tin.

Kemudian destinasi kami sekeluarga ke Shah Alam ambil pasport yang dah siap. Lepas ambil pasport kami makan di kyros kebab PKNS. boleh tahan jugak darling dan anak2 berselera cuma aku yang kurang kerana perut meragam.

Siap makan kami merayau2 dalam PKNS... aku apa lagi jadi rambang mata kat situ lelema beli 3 helai selendang dan sepasang baju kurung.

Cepat2 keluar menuju ke SAcc Mall solat asar ... lepas tu masuk kedai bata belikan zahra' dan batoul kasut. Mereka berdua seronok dapat kasut baru terus pakai dan yang lama simpan dalam kotak.

selesai beli kasut kami masuk MPH beli buku untuk mereka berdua... kemudian terus ke surau solat maghrib pula. Lepas maghrib baru kami bertolak ke OneUtama apa lagi.... soping...soping...soping... sampai nak pengsan (setahun sekali je darling) hehehhe tak marah kan? Dah siap shopping kami keluar cari makan di Ampang... darling belanja makan di Ruaysyeh la. Aku dan darling makan kabsah tapi bertuah punya arab... puas kami menunggu ayam panggang untuk zahra' sampai kabsah habis pun ayam tak sampai. Rupanya arab tu dah tersalah buat... Zahra' menangis sedih aku tengok.. lain yang dioder lain yg dapat.

Darling pujuk zahra' dengan McD... nasib baik jalan.

Jadi destinasi terakhir malam semalam ialah McD drive true di Sungai Besi beli Happy Meal untuk zahra'. Aku dan darling happy tengok zahra' happy walaupun dlm perjalanan ke McD zahra' berendam airmata. Nasib baik ada si manja Batoul tolong pujukkan kakaknya.
love you all.

Wednesday, December 17, 2008

lukisan zahra'

Az-zahra' anak mama ni memang ade bakat melukis.. hobinya juga melukis sejak kecil lagi. gambar bunga dan matahari ni hasil lukisan zahra' sewaktu usianya 4 tahun dulu. Lukisan ini sangat berharga di mata mama dan baba sayang..
menyedari bakat yang ada padanya... mama dan baba hantar zahra' ke art class. Dan kali pertama di art class 2 minggu lepas....

inilah pula hasilnya.. gambar zebra ni hasil pertama zahra' di art class tika usianya 5 tahun sekarang ini. Mama doakan semoga az-zahra' menjadi anak yang solehah dan berjaya hidupnya dunia akhirat... begitu juga dengan si manja Batoul yang gemar membaca walaupun baru belajar kenal huruf.

Monday, December 15, 2008

Balik Kampung

Terowong yang kami lalui dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kami ikut jalan kampung lalu KLIA kerana lebuhraya Plus jem teruk.

Sepanjang perjalanan pulang pergi dan Pulang semula ke KL Zahra lena dibuai mimpi indah cerita princess agaknya. Sayang anak mama.

Batoul pulak sentiasa ceria sepanjang perjalanan ke kampung cuma dalam perjalanan ke KL sahaja dia tertido.

Aku dan hubby seronok bergambar kerana dah tak tahu nak buat apa dalam kereta. Puas ambil gambar pemandangan luar kami tangkap gambar sendiri pulak. i Love you darling.



Wednesday, December 10, 2008

Kenangan Aidil Adha 2008




Tahun ini kami sekeluarga beraya di rumah sendiri di Bandar Kinrara kerana mak abah pergi ke Mekah, Mummy Yah pula beraya di Penang rumah Yong.

Macam biasa aku masak rendang daging, sambal kacang dan kuah lodeh. Sambal dan rendang aku masak malam raya... kuah lodeh sahaja aku dan hubby masak pagi raya. Sayang memang ringan tulang membantu aku . Syukran Habibi...

Sejak subuh raya hujan turun tanpa henti sepanjang hari.. di sebelah pagi kami tidak ke mana menunggu sahabat jauh datang bertandang.

Alhamdulillha mereka sampai jua akhirnya dari Kemaman siapa lagi kalau bukan kak Ina yang selama ini kami kenal di alam maya sahaja. Terima kasih kak Ina kerana sudi menjejakkan kaki ke teratak buruk kami di sini. Entah bila kami akan ke sana pula hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Zahra' dan Batoul seronok berkawan dengan Mimi anak kak Ina.. macam dah lama kenal pulak budak2 ni.

Petang hari kami ke rumah Chea adik aku di Shah Alam buat kecah kat situ pulak. Lepas tu kami ke Kota Kemuning dan malam terus ke Puchong rumah sepupu sebelum pulang semula ke rumah.

Monday, December 8, 2008

Beraya di Kinrara

Raya haji tahun ni kami sekeluarga tak balik beraya di kampung Jelobu mahu pun Muo. Kami beraya di Kinrara kerana mak dan abah aku pergi haji... mummy yah pula beraya di Penang.

Friday, December 5, 2008

nasi beriani dan art class

Jumaat ni kali ke dua aku tak perlu masak sbb sebelum pergi kerja hubby dah pesan tak perlu masak tengahari nnt dia balik bawak nasi beriani kambing kegemaran kami.



Tiba masa yang dinanti... hubby balik dengan nasi beriani dan kami berdua menikmatinya dengan lazat sekali nasi beriani masjid sri petaling.



Az-zahra' dan Batoul tak mahu makan sebab kenyang lagi dengan spagetthi. Dua beradik mengadap papedem sahaja sambil tengok astro 615.



seperkara yang Zahra tak sabar-sabar hari ini ialah petang ni first time dia nak ke art class. Lepas makan aku siap2kan mereka dan terus keluar hantar Zahra ke art class. Hubby pergi kerja semula... kami pergi bertiga sahaja.



Aduhai... lamanya Zahra kat kelas tu aku dan Batoul naik bosan menunggu di luar... masuk giant beli buku cerita untuk mereka , lepas tu bawak batoul ke playground..

pening kepala melayan Batoul yang main macam tak ingat.



4.45 petang aku ke art class Zahra, ya Allah kakak... kenapa tak siap lagi ni...? rupanya tangan Zahra sakit melukis dan mewarna zebra yang dilukisnya ... puas la aku dan Batoul menunggu lagi.. 5.15 baru dia siap.



Az-zahra' pandai melukis tapi tak boleh cepat sangat kerana dia 'kelaten sangat' bak kata orang jawa..
Sebelum balik rumah aku belikan mereka aiskrim dan sampai rumah lebih kurang 5.30 petang.

Thursday, December 4, 2008

zahraelbatoul


dua nama yang digabungkan menjadi satu kerana kedua-duanya buah hatiku Az-zahra' dan Al-batoul.

nama pilihan insan tersayang suami tercinta untuk dua puterinya yang cemerlang dan yang suci.

doaku semoga anakanda berdua membesar dengan baik menjadi anak solehah, beriman dan berjaya dunia akhirat.